Jom berkreativiti dalam Bengkel Sokongan CERDIK-DELIMa

CERDIK merupakan satu program dibawah Kerajaan Malaysia melibatkan penyertaan kerjasama banyak pihak. Dalam program ini peranti-peranti pembelajaran dibekalkan kepada pelajar pilihan di seluruh negara.

Apple menjadi rakan strategik program ini dalam usaha menyokong penggunaan peranti iPad yang dibekalkan kepada pelajar oleh Yayasan Petronas dan Yayasan Hasanah. Pelbagai program menarik disediakan, dan salah satunya adalah bengkel sokongan ini.

Sertai 4 sesi bengkel-bengkel yang dikendalikan oleh pakar pembelajaran kami. Maklumat lanjut di https://aplmalaysia.my/events