Apple Education dan DELIMa KPM yang menjadi rakan kerjasama dalam proses menyediakan kandungan pembelajaran kepada pelajar-pelajar program ini dengan membangunkan platform pembelajaran yang dapat diakses menerusi portal DELIMa dan juga web.
Kandungan disediakan oleh para Apple Professional Learning Provider (APLP) dan Apple Professional Learning Specialist (APLS) dari Malaysia secara berfasa sebagai satu bentuk usaha membantu para pelajar mengoptimasi potensi iPad untuk pembelajaran.
Perbagai panduan asas disediakan dari proses nyah kotak, tutorial asas sehinggalah belajar pengekodan menerusi iPad. Laman web tersebut boleh diakses menerusi pautan berikut: https://learning.aplmalaysia.my/students