Kenali APLS anda – Syukri Sulaiman

Syukri Sulaiman sangat gemarkan ekosistem Apple dan menggunakannya dalam rutin seharian sebagai seorang guru. Beliau kini tinggal di Taiping, Perak dan mengajar di MRSM Taiping, Perak iaitu salah sebuah sekolah Apple Distinguished School.

Syukri Sulaiman merupakan graduan pendidikan daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim (UPSI) Perak, major dalam Pengajian Islam. Sebagai seorang pendidik transformatif, beliau menjadikan model TPACK sebagai panduan beliau.

Syukri Sulaiman sangat suka mengajar menggunakan teknologi. Fokusnya ialah cara mengintegrasikan iPad dan Mac dalam pengajaran dan pembelajaran. Pada 2021, beliau telah diiktiraf sebagai seorang Apple Professional Learning Specialist (APLS).

Syukri Sulaiman sentiasa percaya yang mana para pendidik mesti mengubah dan menambah baik kaedah pengajaran untuk generasi akan datang. Penerima Apple Distinguished Educator (ADE) pada 2019 ini sentiasa membantu para pendidik mahir dalam memanfaatkan teknologi Apple.

“Kandungan dan Pengetahuan Pedagogi Teknologi adalah sangat penting kepada semua pendidik”

– Syukri Sulaiman


Syukri Sulaiman membantu orang lain membina kemahiran asas yang kukuh dengan peranti dan teknologi Apple. Dia memberi inspirasi dengan memberi idea dan teknik menggunakannya dengan betul dan berkesan dalam program-program pembangunan profesional yang dikendalikan beliau.

Syukri Sulaiman percaya seorang pendidikan haruskan keluar dari zon selesa dan mempunyai hubungan dengan komuniti pendidik di seluruh dunia untuk membentuk Malaysia yang lebih baik.

Kunjungi blog beliau di Beyond Creativity Dot My

Ikuti beliau di Twitter