Apple melancarkan ‘Inclusive App Design Activity’ di Apple Teacher Learning Centre

iPad menerusi kemaskini iPadOS 15 menawarkan versi baharu Swift Playgrounds yang mempunyai kemampuan untuk menyokong pembangunan app. Menarik bukan. Ramai yang tidak sabar menggunakan ciri terbaru ini.

Jesteru itu, Apple telah memperkenalkan satu modul aktiviti di Apple Teacher Learning Centre bagi menyokong pembelajaran digital menerusi inisiatif Everyone Can Code. Modul aktiviti ini dikenali sebagai ‘Inclusive App Design Activity’.

Dalam modul ini, guru diberi panduan untuk memangkin aktiviti kelas untuk lebih kreatif dan inovatif dengan idea-idea yang dapat direalisasikan menerusi pembangunan inovasi digital seperti app.

Dalam modul aktiviti ini disediakan sebuah template jurnal serta satu buku kerja digital untuk pelajar anda gunakan. Selain itu disediakan panduan-panduan pembelajaran dalam bidang pengaturcaraan.

Terokai Inclusive App Design Activity