Temui Team APL, Guru ADE & Guru Apple Teacher di Program Aspirasi #KeluargaMalaysia di KLCC pada 9-12 Disember

Pada 9-12 Disember 2021 Team APL, guru-guru ADE & guru-guru Apple Teacher akan bergabung tenaga dalam satu ruang di Pameran Aspirasi #KeluargaMalaysia di Kuala Lumpur Convention Centre.

Hampir 20 guru dan pensyarah advokasi Apple akan terlibat sama dalam karnival selama 4 hari ini dengan pelbagai aktiviti menarik bertemakan kreativiti dan pengaturcaraan.

Dijemput semua pengunjung berkunjung ke booth pameran kami untuk merasai pengalaman penggunaan teknologi daripada Apple untuk pembelajaran yang menyeronokkan.