Jom kenali apa itu ADE dalam siri Webinar ‘Becoming Apple Distinguished Educator’ pada 7&8 Feb

Apple Distinguished Educator (ADE) merupakan program pembangunan profesional guru oleh Apple dalam usaha mengiktiraf pendidik terbaik seluruh dunia dalam mengadaptasi teknologi Apple secara kreatif dan inovatif untuk pendidikan.

Program pengiktirafan ini dijalankan secara dwi-tahunan. Secara tradisinya, tawaran dibuka pada tahun ganjil. Sejak 25 tahun program ADE, hanya 2,947 pendidik sahaja berjaya melepasi standard tinggi Apple bagi memastikan calon yang terpilih layak dan berkualiti.

Setelah terpilih, untuk melengkapi pengiktirafan ini, calon wajib menyertai satu program yang dikenali sebagai ADE Institute yang menghimpunkan pendidik terbaik mengikut zon dunia selama seminggu. Malaysia berada dalam zon Asia Pasifik.

Class of 2019 yang program pentauliahannya berlangsung di Gold Coast, Australia merupakan kumpulan terakhir ADE sebelum program ini ditangguh akibat pandemik Covid-19. Berita baik, program peniktirafan yang sepatutnya berlangsung pada 2021, bakal diterusnya semula pada 2022.

Tawaran pengambilan bakal dibuka pada bila-bila masa sahaja. Sebagai persediaan anda, pada 7 & 8 Februari, dijemput pendidik Apple yang berminat untuk mendengar sendiri perkongsian pengalaman pendidik-pendidik ADE yang terdiri daripada para pensyarah IPT, guru MRSM serta guru KPM.